Betul ke kalau mimpi suami curang itu bermaksud suami anda sememangnya sedang main kayu tiga dibelakang anda?
Baca: Dinner @ Restaurant Chef Wan – De.Wan 1958 by Chef Wan
Menurut kajian oleh Dylan Selterman dari University of Maryland, Setiap orang boleh mengalami mimpi seperti ini. Perkara ini bukanlah sesuatu yang pelik atau ganjil.
Selain itu, Pakar psikologi Ian Wallace juga mendapati bahawa punca sebenar isteri mimpi suami curang adalah kerana rasa percaya terhadap pasangan mula hilang. Tanpa disedari sebenarnya si isteri terlalu risau jika suaminya tidak bahagia bersama dengannya sehingga terbawa-bawa ke dalam mimpi.
Ada sesetengah kajian membuktikan kebanyakan yang mengalami masalah seperti ini kerana wanita (isteri) sering berfikiran ‘luar dari kotak’ apabila bercakap tentang kekasih hati.
Tapi tahukah anda, maksud mimpi suami curang itu sebenarnya normal? Ramai ibu hamil mendapat mimpi ini.
Baca: Hero Malaya – Ucapan Hari Lahir Untuk Ayah
Menurut pakar, ia kerana ketakutan dan kerisauan ibu hamil apabila badannya mengalami perubahan. Contoh, badan makin kembang, kulit tidak semulus dulu, wajah berjerawat dan rambut serabai.
Segala kerisauan tentang perubahan tubuh ini akan membuatkan anda terfikir tentang hubungan anda dan suami. Anda risau, dengan perubahan tubuh ketika hamil ini, perkahwinan anda akan tergugat.
Jadi, kesimpulannya mimpi itu tidak bermakna apa-apa dan tidak perlu terlalu serius jika anda mendapat mimpi sebegitu.