Susuk Maksud
Susuk merupakan sejenis amalam sihir yang menggunakan bahan-bahan tertentu seperti emas, perak, logam atau kayu. Bahan-bahan ini dimasukkan ke dalam badan seseorang beserta dengan bacaan jampi serapah. Ia dilakukan bagi mendapatkan suatu kelebihan seperti kekuatan, kecantikan, kesihatan dan lain-lain.
- 10 Senarai Buffet Ramadan Putrajaya 2024
- Beras Putih Malaysia Madani – Apa yang Kita Ketahui Setakat ini
- Koleksi Ucapan Ramadhan 2024 Terbaik – Menawan Kalbu
- Informasi Festival Lentera – Sisiran Tasik Putrajaya 2024
- Jual Beli yang Haram dalam Islam
Hukum Memakai Susuk
HARAM dan ia jelas bertentangan dengan hukum syarak. Ini kerana, amalan susuk merupakan suatu ilmu yang melibatkan pengantaraan jin dan amalan sihir.
“Jauhilah 7 perkara besar yang meroskakan.”Para sahabat bertanya,”Apalah 7 perkara itu, ya Rasulullah?” Baginda menjawab,” Menyekutukan Allah, sihir, membunuh jiwa yang Allah haramkan kecuali kerana hak, memakan harta riba, makan harta anak yatim, lari dari peperangan, dan menuduh perempuan-perempuan baik berzina.” – Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Baca: Bergambar – Ucapan Hari Lahir Untuk Ibu Tersayang
Ciri-Ciri Orang Memakai Susuk / Pantang Larang Susuk
Susuk yang dikatakan berkesan selalunya mempunyai pantang larang serta amalan tertentu yang perlu dilakukan. Sekiranya pantang larang tersebut dilanggar, kesannya susuk akan berkurangan yang akhirnya akan menyebabkan ia kurang berkesan. Namun, kesan pelanggaran pantang larang ini bergantung kepada jenis susuk serta faktor lain.
Dikatakan, apabila seseorang itu melanggar pantang larang susuk, diri yang dahulunya kelihatan cantik akan menjadi lebih hodoh berbanding kejadian asal. Terdapat juga informasi yang menyatakan si pemakai akan menderita sakit berpanjangan serta diganggu orang makluk halus yang menjaga susuk berkenaan.
Baca: PDF Doa Dhuha Rumi, Terjemahan, Jawi
Walaubagaimanapun, kesan ini boleh diatasi dengan amalan-amalam bacaan ayat suci Al-Quran dan zikir memuji keagungan Allah swt.
Secara umumnya, terdapat 2 jenis pantang larang pemakaian susuk ini.
- Pertamanya ialah pantang kepada beberapa jenis makanan – pisang emas, labu air, jantung pisang, sate, tapai yang dibalut dengan lidi etc.
- Keduanya ialah pantang perbuatan – larangan untuk lalu dibawah tali jemuran, dibawah tangga, bersiul. Terdapat juga larangan berupa tegahan untuk melakukan solat, berpuasa di bulan Ramadhan etc.
Apa Itu Susuk dan Ciri-Ciri Orang Memakai Susuk Apa Itu Susuk dan Ciri-Ciri Orang Memakai Susuk