Sebenarnya, dimanakah kedai yang menjual makanan, pasir dan barangan keperluan kucing yang murah? Bagi aku, ia subjektif. Kekadang, kedai ini murah untuk makanan, kekadang kedai itu murah untuk pasir. Kekadang pula murah untuk barangan aksesori – cat tree, pampers, milk, cat tray etc. Murah untuk barangan A, tapi mahal untuk barangan B.
Sejak membela kucing secara serious dari tahun 2011, pelbagai kedai kucing telah aku kunjungi. Macam-macam harga, turun naik barangan. Siap ada yang telah tutup kedai (tak tahu apa puncanya).
Dalam banyak-banyak kedai kucing, aku paling melekat dengan Dewi Petshop. Dahulu ada banyak cawangan. Tapi kini semacam telah berpecah. Lokasi kedai sama tapi nama dan pengurusan berbeza. Apa punca? Tidak pasti. Data ahli sama. Sebab mereka guna konsep nombor ahli untuk diskaun. Aku selalu pergi di cawangan Jalan Reko Kajang-Bangi. Tapi, nama kedai itu telah bertukar kepada Farhan Pet Store. Selalu memang beli pasir kucing sahaja. Makanan kucing tidak sebab mereka tidak menjual jenama makanan kucing Dormeo’s. Murah! sebab RM60 untuk 20kg bagi pasir kucing jenis pine wood. Aku borong dalam lingkungan 3 hingga 5 unit. Boleh tahan untuk 5 hingga 6 bulan. hahaha.
Baca: Borong Pine Wood Cat Litter Kucing
Untuk makanan kucing pula, aku beli di Melaka – North South East West Aquarium. Nama je aquarium. Tapi, kelihatannya barangan yang dijual lebih kepada kucing. Barangan untuk ikan diletakkan di tepi. Manakala untuk anjing di belah belakang. Disini pun ada jual ikan. Tapi tak banyak mana. Nampak gaya, produk keperluan kucing banyak memberi keuntungan kepada mereka. Demand sangat banyak.
Pemilik kedai juga fasih berbahasa melayu. Pekerja pula ramai anak-anak muda melayu. Dedikasi dan cergas bekerja. Dahulu, agak kurang berkenan dengan pekerjanya yang kasar tutur bahasa dan tingkah laku. Tapi kini, tiada lagi. Sopan dan good customer service.
Aku beli makanan kucing jenama Dormoe’s Long Hair. Harga RM105 untuk 10kg. Malas fikir panjang, aku borong 5 unit sekali gus. Apa mahu pening, stok untuk 5 hingga 6 bulan. Silap-silap boleh guna sehingga 7 hingga 8 bulan. Kesemuanya bergantung kepada selera dan banyak mana kucing-kucing itu makan. 1 unit untuk 2 ekor kucing di Melaka. Manakala 4 unit untuk 5 ekor kucing di rumah. Tak banyak makan mana. Sebab masing-masing sudah semakin berumur. Makan pun sekadar kuis-kuis je.
Baca: Bergambar – Ucapan Selamat Pagi
Kalau ikutkan, harga Dormeo’s di sekitar Lembah Kelang, agak mahal beberapa ringgit. Contohnya macam kedai yang aku bekerja secara separuh masa, harga lebih kurang RM150 lebih kot untuk 10kg. Sebab harga untuk Dormeo’s biasa adalah RM130 – RM140. Boleh jadi harga untuk Dormeo’s Long Hair lebih mahal.
Kedai lain yang di TTDI Grove Kajang lebih murah berbanding yang lain. Tapi, tetap tak mampu menandingini kemurahan di kedai kucing @ Melaka ini ahaks. Hipotesis aku.
Cabaran sebenarnya bela banyak sangat kucing ini. Seorang diri dan jenis kucing pula berbula panjang. Memang lebih nak mengurus bulu. Lebih-lebih lagi jenis kucing baka parsi. Pantang salah makan, berak cair. Pantang stress, berak cair. Bulu gugur. Taubat nasuha tak mahu bela lagi lain kali hahahaha.