Info Pesta Floria Putrajaya 2019 di Taman Botani Putrajaya

Pesta Floria Putrajaya 2019

Pesta Floria Putrajaya 2019 akan diadakan di lokasi baharu iaitu di Taman Botani Presint 1 Putrajaya bermula dari 31 Ogos hingga 8 September 2019. Pada tahun ini, tema yang dibawakan ialah orkid dan bonsai.

Read: The World’s Largest Roundabout – Putrajaya Roundabout

Pemilihan Taman Botani, yang mempunyai koleksi tumbuh-tumbuhan yang banyak dan matang, mampu memberi nilai tambah kepada Royal Floria Putrajaya selain mempromosi taman itu sendiri.

Pesta Floria Putrajaya 2019

Bacaan Info Tambahan

Diberitakan, Pesta Floria Putrajaya 2019 ini dijangka akan diwarnai dengan 79 penyertaan garden showcase yg disertai oleh

  • 12 agensi korporat, swasta dan swasta
  • 7 persatuan atau pengusaha bunga
  • 4 orang designer garden
  • 25 penyertaan dari sek rendah dan menengah
  • 6 taman universiti dan institusi pengajian tinggi
  • 10 taman komuniti
  • 5 floating flower deco
  • 3 FAMA Fruit Valley
  • 6 penyertaan antarabangsa termasuk Malaysia – Taiwan, Korea, Singapura, Indonesia dan Thailand

BELI TIKET ROYAL FLORIA PUTRAJAYA >>> KLIK

Pada tahun ini, Festival Bunga dan Taman Diraja Putrajaya atau Royal Floria Putrajaya (RFP) bakal diserikan dengan penampilan Taman Diraja Pahang, Royal Garden Showcase sebagai daya tarikan utama festival.

Read: What to do in Putrajaya at Night

Beberapa konsep dan elemen baharu yang kreatif dan inovatif juga akan ditampilkan seperti:-

  • vertical wall showcase yg diusahakan oleh pelajar universiti
  • pertandingan gubahan terarium dikalangan pelajar sekolah rendah dan menengah

Lebih daripada 100 aktiviti dan program harian akan dianjurkan. Antaranya ialah

  • garden barzaar, jualan f&b,
  • pemaran dan jualan produk perkebunan
  • pertunjukan fashion
  • ceramah dan bengkel perkebunan
  • pertandingan fotografi
  • dan banyak lagi

Read: 3 Bridges – Best Place In Putrajaya At Night

Dengan tema Mother of All Gardens, penampilan Royal Garden Showcase pada RFP tahun ini adalah bersesuaian dengan sempena Pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang juga merupakan Sultan Pahang.

Pameran ini juga diberitakan akan menampilkan bunga orkid yang dinamakan dengan nama Queen Azizah Iskandar, mengambil nama Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Read: What is The Best Time to Visit Putrajaya?

Terdapat 1,500 tempat letak kenderaan di Taman Botani selain penganjur turut menyediakan bas perantara untuk pengunjung selain perkhidmatan ‘teksi air’.

Sumber

Pesta Floria Putrajaya 2019

pesta floria putrajaya 2019, pesta floria entrance fee, royal floria putrajaya 2019, taman botani putrajaya parking, putrajaya floria 2019, putrajaya flower festival 2019,