Cara Menghindari / Ayat Pembatal Sihir Pemisah

Cara Menghindari Sihir Pemisah

Kaedah terbaik untuk menghindarkan diri dari sihir adalah dengan mengamalkan baac Ayat Kuris – selepas solat, setiap pagi, petang dan sebelum tidur.

Baca: 7 Cara Merawat / Menyembuhkan Sihir Pemisah

Jika kamu hendak tidur, bacalah Ayat Kursi sampai selesai satu ayat. Akan ada penjaga dari Allah untukmu, dan syaitan tidak akan mendekatimu sampai pagi – Hadis Riwayat al-Bukhari

Cara Menghindari / Ayat Pembatal Sihir Pemisah

Ayat Pembatal Sihir Pemisah / Doa Sihir Pemisah

Jika anda suami isteri terasa ada sesuatu yang tidak kena antara satu sama lain, panas tanpa sebab mahupun terasa benci dengan pasangan – bacalah Surah Al-Baqarah Ayat 102 berulang kali khususnya selepas selesai solat. Ayat ini digunakan sebagai ayat pembatal sihir (sihir pemisah) dalam perubatan islam. Segera ke pusat rawatan islam berkaitan jika anda terasa panas, pening atau loya selepas membaca ayat ini.

Cara Menghindari / Ayat Pembatal Sihir Pemisah

Baca: 20 Ucapan Salam Jumaat Yang Indah

Maksud Surah Al-Baqarah Ayat 102

Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: “Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)”. Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.

Sumber: mingguanwanita

cara mengatasi sihir pemisah, ayat pembatal sihir pemisah, sihir pemisah pasangan kekasih, cara membatalkan sihir pemisah, cara merawat sihir pemisah, doa sihir pemisah, cara menghilangkan sihir pemisah jarak jauh, rawatan sihir pemisah jarak jauh,