6 Tanda Anda Harus Kahwin

Ada dikalangan kita yang kahwin awal. Ada juga yang berumur lewat 30-an mahupun 40-an pun masih belum mengakhiri zaman bujang. Pokok pangkalnya, terpulang kepada diri sendiri sama ada ingin membujang sahaja atau cepat-cepat menamatkannya.

Meh sini, penulis senaraikan beberapa tanda yang menunjukkan anda perlu segera menamatkan zaman bujang. Sekiranya terdapat salah satu atau lebih tanda-tanda ini, cepat-cepatlah cari jodoh membina mahligai cinta.

Baca: Contoh Karangan Keburukan Media Sosial Kepada Remaja

Kucar Kacir Dalam Kehidupan

Rumah berselerak, makan minum tak teratur dan pakaian tak terurus. Antara solusinya, dirikanlah rumahtangga agar pengurusan diri lebih teratur dan sistematik. Sekurang-kurangnya adalah orang yang jaga makan minum. Berdua lebih baik.

Cemburu dengan Kebahagiaan Orang Lain

Pernah tak anda berasa cemburu melihat kebahagiaan orang sekeliling dengan pasangan masing-masing? Sedangkan pada masa yang sama, anda tiada pasangan atau anak-anak untuk dibelai manja. Segerakanlah kahwin. Nescaya perasaan cemburu itu akan hilang dengan sendirinya.

Baca: Terfikir – Apa Maksud Mimpi Selepas Subuh?

Fasa Bercinta

Sebelum berkahwin, sesetengah daripada kita akan melalui fasa bercinta dahulu. Daripada situlah akan terbit perasaan untuk berumahtangga dengan pasangan kita itu. Sebelum wujud pihak ketiga mahupun berlakunya perilaku yang tidak diingini, ada eloknya anda bernikah segera.

Suka Kanak-Kanak

Selalunya, orang yang menghampiri fasa wajib berkahwin, perasaan suka dan sayang pada kanak-kanak itu lain macam. Jika tanda ini terjadi, maknanya anda sudah bersedia untuk berkeluarga dan memiliki zuriat sendiri.

Sering Berasa Sunyi

Tatkala keseorangan, pasti perasaan sunyi akan menerjah sanubaru. Nak-nak, kawan rapat kesemuanya telah mendirikan rumahtangga dan beranak-pinak. Jika ada, sudah sampai masanya anda mencari pasangan untuk mengisi kekosongan itu.

Jiwa Pada Berlawanan Jantina

Rasa malu dan berdebar-debar memang ada pada ketika anda berhadapan dengan orang yang berlainan jantina. Sekiranya anda diperkenalkan dengan seseorang, kemudian secara tiba-tiba anda berasa berdebar-debar, maknanya anda memang ‘taste’ pada orang itu. Mungkin dialah jodoh anda. Bertindak segera!