Teka-teki: kucing apa pandai menyanyi?
Jawapan: Alleycats.
Teka teki: Kera apa pandai menaip
Jawapan: Kerani
Teka-teki: Selalu pecah bila dinamakan
Jawapan: Senyap
Teka-teki: Bila loceng bus ditekan, apa yang turun dahulu?
Jawapan: Meter bas
Read: Best Durian Places in Kuala Lumpur: Cheap Durian in KL and PJ
Teka-teki: Jin apa boleh menyanyi?
Jawapan: Jinbara.
Teka-teki: Satu tubuh 2 nyawa. Siapa?
Jawapan: Orang Hamil.
Teka-teki: Kalau raja dan petani terjun bangunan, siapa yang mati?
Jawapan: Petani, sebab kalau raja dipanggil mangkat.
Teka-teki: Haiwan apa yang matanya dikaki, tanganya dikaki, dan seluruh badanya di kaki?
Jawapan: Ayam kena pijak gajah.
Teka-teki: 1 kadang-kadang, 2 jarang-jarang, 3 sikit-sikit, 4 banyak-banyak.
Jawapan: Nombor plat kereta.
Teka-teki: Ia boleh pecah tanpa disentuh?
Jawapan: Janji, amanah
Teka-teki: Saya boleh tengok, tetapi awak tidak boleh?
Jawapan: Belakang awak.
Teka-teki: Pokok di atas bukit, daun di dalam air. Apa dia?
Jawapan: Teh.
Teka-teki: Buah apa tidak boleh dilihat, mahupun dimakan?
Jawapan: Buah fikiran.
Teka-teki: Bila dimasukkan jadi keras, bila keluar jadi lembik?
Jawapan: Stokin.
Teka-teki: Ikan apa banyak di atas jalan raya?
Jawapan: Kelisa.
Read: Koleksi Bergambar Ucapan Hari Lahir Untuk Anak Islamik
Teka-teki: Binatang apa selalu sakit perut?
Jawapan: Ikan kembung.
Teka-teki: Saya berada di atas air, tetapi tidak boleh berenang, ataupun bergerak. Siapakah saya?
Jawapan: Jambatan.
Teka-teki: Ada 5 ekor burung di atas pokok, pemburu menembak mati 1. Berapa yang tinggal?
Jawapan: Satu, sebab dah mati.
Teka-teki: Dia adik-beradik lelaki kepada mak cik awak,, tetapi bukanya bapa saudara awak. Siapakah dia?
Jawapan: Bapa awak.
Teka-teki: Bom apa tidak meletup?
Jawapan: Bomba.
Teka-teki: Kalau seseorang itu kemalangan jatuh ke dalam gaung, apa yang masih hidup?
Jawapan: Cukai jalan.
Teka-teki: Masukkan jari, keluarkan balik ada lendir dan melekit. Apa itu?
Jawapan: Korek hidung.
Teka-teki: Ular apa yang paling panjang?
Jawapan: Ulasan.
Teka-teki: Jauh di mata, dekat di hati?
Jawapan: Usus.
Teka-teki: Men apa yang berada kat atas?
Jawapan: Mentol.
Teka-teki: Gula apa yang tak manis?
Jawapan: Sugar daddy.
Teka-teki: Dia berdiri, tetapi dia kata dia sedang duduk. Siapakah dia?
Jawapan: Dia penipu.
Teka-teki: Ular apa yang boleh digunakan untuk memasak?
Jawapan: Ular senduk.
Teka-teki: Binatang apa paling pemalas?
Jawapan: Singa, sebab dia malas cukur janggut.
Teka-teki: Dia hidup di udara, darat, dan air. Siapakah dia?
Jawapan: Burung raja udang.
Teka-teki: Bila turun lambat, tapi bila naik cepat. Apa dia?
Jawapan: Hingus.
kucing apa pandai menyanyi